Pukul 503 pintu bilik aku diketuk oleh emak Siti. Dia minta tolong ambilkan baju dan seluar tidur Siti. Lampin Siti bocor. Aku ambil baju dan seluar yang baru untuk Siti. Lepas tu aku tak boleh nak tidur dah. Get ready untuk solat subuh, Siti tidur balik kat bilik emaknya.
Hari ini Siti mandi lambat, 800 dia baru mandi. Bad mood teruk dia pagi ini. Lengan aku kena gigit, dia duk menjerit-jerit dalam toilet, tak nak mandi punya pasal. Seram sejuk aku dalam toilet. Aku tinggalkan dia sekejap, bagi dia tenang sikit. 10 minit lepas tu aku masuk untuk sambung balik mandikan dia. Dia masih menjerit-jerit, aku habiskan cepat-cepat kemudian aku bagi dia main kat luar rumah. Dia duduk kat kerusi. Nasib aku lah kena hadap, baru beberapa hari tapi jiwa aku pun diuji. Apa tah lagi keluarganya, mesti lagi kuat dan tabah nak hadapi kerenah Siti hari-hari.
Tengahari aku perasan ada bau something yang tak sedap, bau macam najis. Aku cari bau tu. Aku ajak Siti pergi toilet tapi dia tak nak. So aku suruh Siti buka seluar sekejap untuk aku check. Ya, dia buang air besar dalam seluar. Aku pun bersihkan dia dan tukarkan seluar dia. Tengahari itu saja hampir 3 kali aku gantikan seluar dia. Dia tak sedap perut agaknya. Kali ketiga aku terus pakaian lampin dia, nak bagi dia selesa sikit if nak main-main kat bilik emak dia.
Semasa aku solat asar, aku dengar Siti menjerit-jerit dari dalam bilik. Tapi kali ini jeritan dia lain macam, so aku terus lipat sejadah dan berlari ke bilik dia. Sawan dia datang. Mulut dia berbuih. Aku panik, aku cuba hubungi emak Siti kali pertama tak dapat. Kali kedua baru boleh bercakap dan bagitahu yang Siti sedang sawan. Emaknya hanya berpesan untuk mengiringkan badan dia ke kanan dan urut belakang dia. Aku ambil tissue untuk lap mulut Siti. Ada darah pada buihnya, mungkin dia tergigit lidah. Selang 20 minit juga baru Siti sedarkan diri, dia cuba untuk dan merayau-rayau dalam rumah. Aku perhatikan dia sambil angkat jemuran.
Selesai aku lipat baju, aku ajak dia untuk mandi petang. Dia ikut. Kebiasaannya habis jer sawan dia akan blur atau lurus sikit, that's why dia ikut jer apa aku cakap. Aku mandikan dia, cuci muka dia bersih-bersih, basuh kepala dia dan aku cuba pujuk dia untuk gosok gigi tapi dia tak nak. Aku tak paksa. Habis jer mandikan dia, aku ajak dia duduk di luar rumah. Ada kolam ikan koi dengan kandang kucing. Dia tengok benda-benda tu semua. Tak lama tu dia datang kat aku sambil kata "sik..sik.." Dia lapar, nak makan. Aku ambilkan biskut marie. Dia makan banyak, hampir habis separuh plastik tu. Dia masih lapar, aku kupas buah jambu untuk dia. Dia makan juga. Last kali dia nak nasi juga. So aku ambilkan nasi untuk dia, lauk ikan sardin dan sayur bayam. Dia makan hanya separuh pinggan lepas tu dia tak nak makan dah.
Malam itu aku bagitahu emak Siti pengalaman aku sepanjang hari ini. Emak dia relax jer macam takda apa. Mungkin sebab dah terbiasa dengan situasi macam tu tapi aku memang tak biasa, rasa macam sakit jiwa pun ada. Ya Allahu, kuatkan aku.
No comments:
Post a Comment