Sunday, 27 November 2016

Dora the explorer : Diary Nima 2

Salam sejahtera everyone. Ini sambungan Diary Nima. Nasiblah kalau terbaca lagi, aku memang nak sambung.

18 February 2016

Pada keesokan harinya Dora bangun untuk solat subuh, macam biasa subuh gajah. Dia hari-hari niat nak bangun tahajud tapi tak bangun-bangun juga even jam loceng dah pasang dan boleh didengari sampai ke rumah jiran sebelah. 

Selepas solat subuh macam biasa, dia akan buka telefon pintarnya untuk check notification. Kononnya nak mengelak dari tidur selepas subuh (malaikat rahmat tak bagi rezeki katanya). Dora ternampak whatsapp dari nombor yang tak dikenali. "ohh, nombor semalam" dia bermonolog. Dora kemudian membuka pesanan ringkas tersebut.

Pengirim berkata, "Sorry lah, malam tadi ter-emo. Saya main tekan jer nombor you."
Dora tak berfikir panjang, dia terus membalas pesanan tersebut.
"It's okay, btw saya Dora, 20 tahun." Dora memperkenalkan diri.
Dalam kiraan saat sahaja, pengirim mesej semalam membalas.
"Ohh, saya Nima. 17 tahun." balasnya.
"Hi, Nima. So, about last night, what happen?" Dora terus bertanya.
"Actually semalam saya menangis teruk, Kecewa." Balas Nima.
"Ohh, because?" Dora membalas ringkas.
"Haha, perempuan yang saya minat pergi meninggalkan saya. Takpa, dia pergi dengan alasan lebih menghargai si dia." Terang Nima.
"Ohh, dia dah ada orang lain sebelum you?" Dora mencelah.
"Yup, macam tulah. Itu first time saya menangis pasal perempuan." Nima membalas dan menambah emoji ketawa selepas mesej tersebut.

Bermula dari situlah Dora berkawan dengan Nima. Dora agak kebingungan. Dia tak pasti sama ada dia perlu bersedih atau tidak atas perkara yang menimpa ke atas Nima. Bukan apa, Dora pun pernah mengalami perkara yang sama. Ditinggalkan. Tetapi baginya, meninggalkan dan ditinggalkan itu lumrah kehidupan. Selagi manusia hidup, selagi itulah pelbagai perkara akan dialami. Mahu atau tidak, harus dihadapi.

Thursday, 17 November 2016

Dora the explorer : Diary Nima 1

Salam sejahtera untuk aku dan sesiapa yang bernasib malang terbuka coretan aku.

Kisah kali ini menceritakan kisah pendek tentang Nima. Ya, Nima nama diberi dalam kisah tak-berapa-nyata ini.

18 February 2016

Di suatu malam sunyi lagi membosankan, Dora hampir tertidur dek hujan lebat diluar rumah. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan seseorang mengirim pesanan ringkas kepadanya. Dora cuba menggapai telefon dan membuka pesanan ringkas tersebut, ohhh whatsapp rupanya.

Kandungan mesej itu sangat singkat yang berbunyi, "you pernah kecewa tak?".
Dora memerhati nombor si pengirim mesej tersebut, "nombor aku tak kenal ni."
"Haish! memalam buta juga nak kacau aku." Dora menggerutu dalam hati.

Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Dora tak berfikir panjang dan membalas mesej tersebut.
"Yeah but sorry, who is this?" balas Dora singkat. Selang beberapa minit sahaja pengirim mesej tersebut membalas kembali mesej singkat Dora. "Ohh, we study at the same place. Dont you know me?".
"Haa, memang aku kenal semua orang kat kampus aku tu." Dora bermonolog.
"Sorry, im not and i didn't talk to stranger. My mom told me so." Jawap Dora agak panjang.
"So, you pernah kecewa. Masa sekolah?" Tanya si pengirim mesej.
"Yeah." Balas Dora ringkas.
"Kecewa sebab?" Pengirim mesej bertanya lagi.
"Sebab dia tak jujur, kot." Jawab Dora.
"Ohh, macam tu eh? Takpalah, maaf ganggu you malam-malam." Balas si pengirim.
"Nah, never mind." Balas Dora mudah.
"Esoklah saya mesej lagi. Genait." Balas si pengirim.
"Good night." Dora membalas untuk kali terakhir.


Tuesday, 15 November 2016

Dora the explorer

Salam sejahtera untuk diri aku dan sesiapa yang tak sengaja terbuka entry aku.

Aku ada kisah tak-berapa-nyata, aku pun tak tahu nak bagi tajuk apa tapi bahagian title aku letak dah "Dora the explorer". Tengok tajuk pun mesti dah boleh agak pasal apa kisah aku ini.

Ya, kisah yang aku ceritakan ini pasal seorang remaja bernama Dora. Dora tak cantik. Dia gendut. Kulit dia sawo matang, standard kulit orang negara Boleh. Dora ini sejenis tak reti duduk diam, perangai pun lebih kurang macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada. Perangai chipsmore dia ini rupa-rupanya memang dah keturunan nenek moyang dia. Nah, abaikan pasal keturunan dia, aku nak mulakan cerita pasal dia.

Dora seorang remaja layaknya remaja-remaja yang lain, ada masalah keluarga, ada masalah kewangan, ada masalah nak berhadapan dengan makanan dan masalah-masalah yang lain yang mana dia akan hadapi nanti. So, dia punya perangai chipsmore ini boleh tahan juga tau. Dia suka tukar-tukar sekolah, dia memang tak reti duduk diam. 

Ada satu masa dia kena tukar sekolah, dia tak pasti dengan keputusan orang tua dia untuk tukar sekolah kali ini. Dia rasa macam jauh sangat dan memang tak akan boleh jumpa dah dengan kawan-kawan yang dia ada sekarang. Maka, Dora pun pergilah sekolah untuk kali terakhir dia jumpa kawan-kawan dia.

Oktober 2007

"Wei, aku kena tukar sekolah lagi rasanya kali ini." Dora mengeluh.
"Kau nak pindah mana pula?" Tanya Imam kehairanan.
"Entah kau ni, tak sampai enam bulan kau dengan kitorang. Sekarang kau nak blah dah." Kata Adi yang memang dia tak puas hati.
"Mak aku lah, ini dia punya idea. Dia kata kalau aku pindah kali ini, masa depan aku cerah." Dora bersuara pasrah.
"Haihlah! Mak kau ni pun." Keluh Akbar.
"Kiranya lepas ni kau tak jamming dengan kitorang dah lah?" Ujar Yadi.
"Nampak gayanya memang taklah wei." Dora berkata pendek.
"Takpalah, nak buat macam mana. Mak kau kata itu terbaik untuk kau." Imam cuba buat ayat menyokong dengan nada tak ikhlas.
"Aku harap boleh jumpa korang lagi lepas ini." Ujar Dora dengan penuh harapan.
Dan mereka pun berpisah.

Sunday, 13 November 2016

Menjelang dua puluh empat

Aku mulakan Dengan Nama Allah dan salam sejahtera.

Ini merupakan cita-cita aku yang aku baru boleh realisasikan, even banyak kali dah cuba untuk buat tetapi aku akan batalkan. Tiada apa yang menarik, hanya sedikit coretan dari sementara yang semua orang selalu ingat ia selamanya. Boleh jadi membosankan dan kemungkinan tak ada siapa yang hingin pun nak baca ((haha, aku tak kisah!)). Ini hanya untuk kepuasan aku dan mungkin hobby aku di masa akan datang.

Maka, aku menamakan blog aku dengan "Urmairalogy" yang bermaksud tak ada apa-apa maksud. Tak ada lah, bolehlah ada maksud sikit kot, so "Ur" dihadapan merujuk kepada perkataan bahasa inggeris yang mana telah aku shortformkan iaitu "your", kemudian "Mairalogy" is Maira dan logy. Begitulah, mungkin itu sahaja definisi yang boleh aku huraikan untuk masa sekarang ini, mana tahu di coretan seterusnya aku dapat ilham untuk menghuraikan pasal Maira dan logy tersebut.

Btw, sekarang musim hujan di kawasan tempat tinggal aku. Kadang hujan pagi-pagi buta, kadang petang masa aku nak masuk kerja, kadang malam pun hujan. Memang musim yang membuatkan aku extra malas dari hari kebiasaannya. Hari-hari aku selalu diselubungi dengan kemalasan even orang kata tempat aku kerja itu ialah salah satu tempat yang banyak motivation tetapi tidak bagi aku.

Aku masih blur dengan kewujudan blog aku tapi aku akan manfaatkan sebaik boleh dengan kisah-kisah tak-berapa-nyata bagi bacaan aku sendiri.