Salam sejahtera. Woah, lama gak tak publish apa-apa ya? Okaylah, terasa macam nak menconteng pasal Nima pula. Ilham mencurah-murah :D
March 2016
Di pagi hari seperti biasa, Dora akan bersiap sedia untuk pergi bekerja. Dia baharu sahaja memulakan kerja sambilannya pada awal tahun 2016. Orang tua-tua kata, muda-muda inilah masa untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu di lapangan. Belajar merasai apa yang orangtua lakukan untuk anak-anaknya.
Alarmnya berbunyi tepat 8.30 pagi, ianya alarm kedua selepas alarm subuh. Well, Dora just a normal girl yang akan sambung tidur lepas subuh bersama telekungnya. Dia perasan yang notification Facebook ada banyak masuk. Check sekali messenger, pun ada dua tiga mesej masuk. One of the mesej is from Nima.
16 March, pukul 1 malam Nima menghantar mesej. Panjang mesejnya dan membuatkan Dora terkedu. Sel-sel otaknya mula berhubung. Mengingat semula perbualan pertamanya melalui whatsapp sebelum ini, kisah sedih Nima yang patah hati dan macam-macam lagi yang Dora fikirkan dalam mindanya. Terbantut perancangannya untuk bersiap sedia ke tempat kerja. Tetapi tak lama selepas dia berfikir, segera dia bangun dan mengetepikan dahulu perkara yang bermain-main dalam mindanya. Abaikan.
Sesampainya ditempat kerja Dora mula menjalankan tugasnya. Rakan kerjanya telah pun sampai. Pagi itu terasa amat berat baginya. "Apa nak buat ni? Malas betullah." Dora menggerutu dalam hati. Dia teringatkan ayat terakhir mesej Nima, "Boleh tak nak lebih dari kawan?". Adui, masalah negara. Kerja pun jadi tak focus, layan customers pun tak berapa menjiwai. Nasib baik tak salah kira duit atau pulangkan baki pada customers.
Azan dari phone rakan kerjanya kedengaran, Dora meminta izin untuk berehat dan pergi ke surau. Sambil berjalan menghala ke escalator Dora teringatkan sahabat baiknya, Abil. Tak berfikir panjang Dora segera mendail nombor phone Abil. Abil berjaya dihubungi.
"Apahal?" Abil menjerkah, suaranya sedikit tinggi dan agak bingit disana.
"Takda apa, saja nak gossip. Busy kah?" Dora bertanya.
"Ada meeting kejap lagi, nak gossip boleh jer." Abil bagi peluang.
"Ni haa, Nima. Dia mesej aku semalam, dia cakap dia suka aku." Dora memulakan cerita.
"Woah, daebak!" Abil terkejut. Mana taknya, budak Nima tu famous, pandai.
"Kau biar betul weh?" Abil menyambung kata-katanya.
"Betullah. Aku pening ni nak balas apa. Malas aku fikir. Dahlah aku respect gila dia." Suara serabut Dora mula menaik.
"Jap weh, sejak bila dia mesej kau? Setahu aku, kau ni sejenis susah nak melayan orang yang kau tak kenal." Abil pelik.
"Haih, kalau macam ni gayanya tak cukuplah masa aku nak gossip dengan kau. Habis kerja nanti aku call kau baliklah." Dora menjawab ringkas.
"Okay, cun. Aku pun dah nak mula meeting. Nanti call aku tau!" Suara Abil excited.
"Ya, nanti aku call. Bye." Dora mengakhiri perbualannya.
Sampai di tingkat 5 Dora terus menuju ke surau. Niatnya untuk meluahkan apa yang dirasa pada sang pencipta, itu saja.