Monday 10 April 2017

Diary Siti D4

Pukul 503 pintu bilik aku diketuk oleh emak Siti. Dia minta tolong ambilkan baju dan seluar tidur Siti. Lampin Siti bocor. Aku ambil baju dan seluar yang baru untuk Siti. Lepas tu aku tak boleh nak tidur dah. Get ready untuk solat subuh, Siti tidur balik kat bilik emaknya.

Hari ini Siti mandi lambat, 800 dia baru mandi. Bad mood teruk dia pagi ini. Lengan aku kena gigit, dia duk menjerit-jerit dalam toilet, tak nak mandi punya pasal. Seram sejuk aku dalam toilet. Aku tinggalkan dia sekejap, bagi dia tenang sikit. 10 minit lepas tu aku masuk untuk sambung balik mandikan dia. Dia masih menjerit-jerit, aku habiskan cepat-cepat kemudian aku bagi dia main kat luar rumah. Dia duduk kat kerusi. Nasib aku lah kena hadap, baru beberapa hari tapi jiwa aku pun diuji. Apa tah lagi keluarganya, mesti lagi kuat dan tabah nak hadapi kerenah Siti hari-hari.

Tengahari aku perasan ada bau something yang tak sedap, bau macam najis. Aku cari bau tu. Aku ajak Siti pergi toilet tapi dia tak nak. So aku suruh Siti buka seluar sekejap untuk aku check. Ya, dia buang air besar dalam seluar. Aku pun bersihkan dia dan tukarkan seluar dia. Tengahari itu saja hampir 3 kali aku gantikan seluar dia. Dia tak sedap perut agaknya. Kali ketiga aku terus pakaian lampin dia, nak bagi dia selesa sikit if nak main-main kat bilik emak dia.

Semasa aku solat asar, aku dengar Siti menjerit-jerit dari dalam bilik. Tapi kali ini jeritan dia lain macam, so aku terus lipat sejadah dan berlari ke bilik dia. Sawan dia datang. Mulut dia berbuih. Aku panik, aku cuba hubungi emak Siti kali pertama tak dapat. Kali kedua baru boleh bercakap dan bagitahu yang Siti sedang sawan. Emaknya hanya berpesan untuk mengiringkan badan dia ke kanan dan urut belakang dia. Aku ambil tissue untuk lap mulut Siti. Ada darah pada buihnya, mungkin dia tergigit lidah. Selang 20 minit juga baru Siti sedarkan diri, dia cuba untuk dan merayau-rayau dalam rumah. Aku perhatikan dia sambil angkat jemuran.

Selesai aku lipat baju, aku ajak dia untuk mandi petang. Dia ikut. Kebiasaannya habis jer sawan dia akan blur atau lurus sikit, that's why dia ikut jer apa aku cakap. Aku mandikan dia, cuci muka dia bersih-bersih, basuh kepala dia dan aku cuba pujuk dia untuk gosok gigi tapi dia tak nak. Aku tak paksa. Habis jer mandikan dia, aku ajak dia duduk di luar rumah. Ada kolam ikan koi dengan kandang kucing. Dia tengok benda-benda tu semua. Tak lama tu dia datang kat aku sambil kata "sik..sik.." Dia lapar, nak makan. Aku ambilkan biskut marie. Dia makan banyak, hampir habis separuh plastik tu. Dia masih lapar, aku kupas buah jambu untuk dia. Dia makan juga. Last kali dia nak nasi juga. So aku ambilkan nasi untuk dia, lauk ikan sardin dan sayur bayam. Dia makan hanya separuh pinggan lepas tu dia tak nak makan dah.

Malam itu aku bagitahu emak Siti pengalaman aku sepanjang hari ini. Emak dia relax jer macam takda apa. Mungkin sebab dah terbiasa dengan situasi macam tu tapi aku memang tak biasa, rasa macam sakit jiwa pun ada. Ya Allahu, kuatkan aku.

Sunday 9 April 2017

Diary Siti D2-D3

D2 -
Pagi ini Siti bangun pada 500, lampinnya penuh. Aku tak perasan, masa nak solat subuh aku pergi ambil air kosong di dapur. Masa tu aku terhidu bau sesuatu yang tak menyedapkan, hancing. Aku dapat tahu Siti dah pun di kerusi tu. Aku cari-cari dia tapi tak jumpa.

Aku ambil kain, cuci dan lap kerusi yang dia duduki tadi. Bergegas aku mencari Siti, tak jumpa. Tak lama tu kawan Ibu aku turun dari biliknya. Dia kata Siti tidur lagi kat atas, dia pun tak sempat nak tukarkan lampin. Aku pun tak cari dah lah dia, terus p toilet untuk ambil wuduk and prepared untuk solat subuh. Selesai solat subuh aku pergi kat tempat sidai baju, ambil baju yang dah kering and then lipat. Tiap hari mesti basuh baju kawan Ibu aku kata. Bukan pasal apa, baju Siti hari-hari kotor. So aku pun fahamlah lepas ini daily routine aku ialah seperti layaknya babysitter and bibik. Haha, tak lawaklah wei.

Pukul 7 pagi Siti turun dari bilik emaknya. Dia meluru ke meja makan untuk cari makanan. Dia akan terus lapar bila bangun tidur, sebab itu kat rumah kawan Ibu aku ini selalu ada stocks makanan kering macam biskut, pau yang tinggal panaskan, karipap mini, macam-macamlah. Habis jer makan aku cuba pujuk dia untuk bersihkan diri. Dia tak nak. Kawan Ibu aku pun pujuk dia, dia nak. Aku tak mandikan dia pagi itu, aku just siapkan baju dia untuk bermain dan bersiap sedia untuk keluar sarapan.

Siti seronok sangat dapat keluar rumah, jalan-jalan. Sepanjang dalam perjalanan nak ke Kedai dia gelak-gelak, itu tandanya dia sukalah. Dia sama jer macam kita, manusia normal. Ada emosi, cuma hormon yang agak tak betul. Dia ada masa bad mood juga, merajuk kah. Begitulah.

Sesampainya di Kedai makan, kawan Ibu aku terus ambil nasi dagang lauk ikan kayu. Siti pun makan benda yang sama. Aku pun. Dia behave juga bila di Kedai makan, mungkin sebab semalamnya sakit dia datang so hari ini dia agak blur dan behave. Untuk hari ini dia cukup baik, moodnya pun okay. Mandi petang pun dia nak dengan aku. Kalau aku ingatkan untuk pergi toilet pun dia okay, dia ikut aku. Siti sebut nak pergi toilet tu "wee wee".

D3-
Siti bad mood, semua benda tak kena. Mandi pun tak nak, emak dia paksa baru dia gerak. Angin dia tak baik. So aku pun stay sampai petang jer hari ini, aku penat aku balik. Bye.

Wednesday 5 April 2017

Diary Siti D1

Pagi ini aku bangun awal tapi tak terus mandilah. Aku siapkan beg aku untuk kembara pada bulan ini. Target untuk bertolak pagi ini 900 tapi aku malas nak kemas beg, so aku gerak 1015 dah dikira lambat gila. Kakak aku duk berlakon drama hindustan dia dengan menyanyi-nyanyi lagu perpisahan, ohh come on just beberapa minggu kot.

Dari rumah aku ambil train sampai ke Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek aku ambil train sampai Pasar Seni. So, dari stesen Pasar Seni aku turun ke tempat tunggu bas. Disitu ada banyak bas kau boleh naik. Ikut pada destinasi kau, ada GO KL, rapidKL, bas yang ada perkataan CITY apa entah aku tak ingat warna merah putih hitam pun ada. Macam-macam bas lah. Destinasi aku ialah Shah Alam, merujuk pada mesej ibu aku bas ke Shah Alam ialah 751 atau 750. Maka aku pun mula mencari bas nombor tersebut. Malangnya aku telah pun terlepas 751, aku baru nak tengok nombor bas ianya dah gerak pun. So, aku cari 750 sampai dapat then aku pun naiklah dengan tambang tiga hengget.

Perjalanan aku bermula. Weh gila, aku mengantuk yang teramat sangat. Duk terangguk-angguk dalam bas, aku pun decided untuk tidur kejap. Ya, memang aku tidur kejap dalam 15 minit macam tu jer pasal orang belakang aku sarawakian rancak berbual pasal rugby dia. Aku pun acah-acah main phone nak tahan ngantuk punya pasal. 

1125 aku sampai di seksyen dua, depan-depan UiTM. Aku call Ibu bagitahu dia aku dah sampai. Ibu pergi call kawan dia untuk ambil aku. Kawan Ibu aku orang penting. Dia tak dapat ambil aku, so aku ambil Uber untuk ke pejabat dia. Sesampainya dipejabat dia, aku bersalaman dan berbual sebentar dengan dia. Dia cakap akan hantar aku ke rumah waktu rehat nanti 1200. Aku okay jer, pasal tak sampai 30 minit pun untuk tunggu rehat. 

1200 kami bergerak ke rumah kawan Ibu aku. Disinilah pengembaraan aku bermula.
Aku masuk rumah seperti biasa bagi salam, buka jer pintu aku dapati seorang anak gadis sedang terbaring diatas sofa. Kelihatan agak tak terurus. Dia pandang jer aku, aku hanya mampu senyum dan berjabat tangan untuk bersalaman. Selepas bersalaman dia terus lari kebelakang, biliknya.

Kawan Ibu aku mula bercerita, itulah Siti. Anak perempuannya yang istimewa. Dia disahkan autistic dan memiliki epilepsy. Dia ada sebut jenis epilepsy apa entah, aku dah tak ingat. Bila sakitnya datang kadang dia gigit dirinya sendiri, tergigit lidahnya, menjerit-jerit dan beberapa gangguan lain. Dia dibawah aku dua tahun tapi perangainya persis seorang bayi. Bila datang sakitnya tu, dia boleh lupa semua benda. Aku hanya mampu diam, aku bukan dalam situasinya. Hanya dia dan Tuhan yang tahu akan cabarannya menjaga anak istimewa. Dan aku, aku pun akan belajar untuk berkawan dengannya, Siti. 

Friday 31 March 2017

Dora the explorer : Diary Nima 4

Salam sejahtera. Woah, lama gak tak publish apa-apa ya? Okaylah, terasa macam nak menconteng pasal Nima pula. Ilham mencurah-murah :D

March 2016

Di pagi hari seperti biasa, Dora akan bersiap sedia untuk pergi bekerja. Dia baharu sahaja memulakan kerja sambilannya pada awal tahun 2016. Orang tua-tua kata, muda-muda inilah masa untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu di lapangan. Belajar merasai apa yang orangtua lakukan untuk anak-anaknya.

Alarmnya berbunyi tepat 8.30 pagi, ianya alarm kedua selepas alarm subuh. Well, Dora just a normal girl yang akan sambung tidur lepas subuh bersama telekungnya. Dia perasan yang notification Facebook ada banyak masuk. Check sekali messenger, pun ada dua tiga mesej masuk. One of the mesej is from Nima.

16 March, pukul 1 malam Nima menghantar mesej. Panjang mesejnya dan membuatkan Dora terkedu. Sel-sel otaknya mula berhubung. Mengingat semula perbualan pertamanya melalui whatsapp sebelum ini, kisah sedih Nima yang patah hati dan macam-macam lagi yang Dora fikirkan dalam mindanya. Terbantut perancangannya untuk bersiap sedia ke tempat kerja. Tetapi tak lama selepas dia berfikir, segera dia bangun dan mengetepikan dahulu perkara yang bermain-main dalam mindanya. Abaikan.

Sesampainya ditempat kerja Dora mula menjalankan tugasnya. Rakan kerjanya telah pun sampai. Pagi itu terasa amat berat baginya. "Apa nak buat ni? Malas betullah." Dora menggerutu dalam hati. Dia teringatkan ayat terakhir mesej Nima, "Boleh tak nak lebih dari kawan?". Adui, masalah negara. Kerja pun jadi tak focus, layan customers pun tak berapa menjiwai. Nasib baik tak salah kira duit atau pulangkan baki pada customers.

Azan dari phone rakan kerjanya kedengaran, Dora meminta izin untuk berehat dan pergi ke surau. Sambil berjalan menghala ke escalator Dora teringatkan sahabat baiknya, Abil. Tak berfikir panjang Dora segera mendail nombor phone Abil. Abil berjaya dihubungi.
"Apahal?" Abil menjerkah, suaranya sedikit tinggi dan agak bingit disana.
"Takda apa, saja nak gossip. Busy kah?" Dora bertanya.
"Ada meeting kejap lagi, nak gossip boleh jer." Abil bagi peluang.
"Ni haa, Nima. Dia mesej aku semalam, dia cakap dia suka aku." Dora memulakan cerita.
"Woah, daebak!" Abil terkejut. Mana taknya, budak Nima tu famous, pandai.
"Kau biar betul weh?" Abil menyambung kata-katanya.
"Betullah. Aku pening ni nak balas apa. Malas aku fikir. Dahlah aku respect gila dia." Suara serabut Dora mula menaik.
"Jap weh, sejak bila dia mesej kau? Setahu aku, kau ni sejenis susah nak melayan orang yang kau tak kenal." Abil pelik.
"Haih, kalau macam ni gayanya tak cukuplah masa aku nak gossip dengan kau. Habis kerja nanti aku call kau baliklah." Dora menjawab ringkas.
"Okay, cun. Aku pun dah nak mula meeting. Nanti call aku tau!" Suara Abil excited.
"Ya, nanti aku call. Bye." Dora mengakhiri perbualannya.

Sampai di tingkat 5 Dora terus menuju ke surau. Niatnya untuk meluahkan apa yang dirasa pada sang pencipta, itu saja.

Wednesday 14 December 2016

Dora the explorer : Diary Nima 3

Salam sejahtera diucapkan bagi aku dan yang terbuka entry aku, lagi. Aku tak tahu nak buat berapa part untuk Diary Nima ini tapi aku akan cuba tulis juga.

March 2016

Jam tangan Dora menunjukan pukul sebelas malam, Dora terjaga kerana telefon pintarnya berbunyi untuk ke sekian kali. Dora menerima panggilan tersebut, panggilan dari ibunya.

"Hi, Ibu." Dora menyapa.
"Hi, sayang. Dah tidur kah?" Ibu Dora bertanya.
"Haah, tadi balik kerja terus tidur. Ada apa bu?" Tanya Dora.
"Takda ni haa, Ibu duk buka-buka Facebook. Ibu dapat banyak like dari seorang budak ni, Kakak punya kawan kot." Terang Ibu pada Dora.
"Ehh? Namanya apa?" Dora kehairanan.
"Nima the psycho." Kata Ibu.
"Ohh, Nima.. Kawan masa di kolej tu. Kakak baru jer kenal." Dora memberikan sedikit penerangan.
"I see. Dia ada ajak Ibu berkawan nih kat Fb. Nak accept kah?" Ibu bertanya.
"Eh? kenapa ibu tanya kakak pula? Ikut ibu lah." Dora berkata dengan sedikit tergelak.
"Ibu nak acceptlah dia punya friend request." Kata Ibu.
"Suka hati ibu lah, ibu punya Fb." Dora berkata ringkas.

Dora berbual agak lama bersama ibunya, pelbagai jenis cerita diceritakannya. Maklumlah, anak perempuan satu-satunya dalam keluarga. Menjelang pukul 12 malam Dora menamatkan perbualannya dek keesokkan hari Dora bekerja pagi. Masing-masing mengucapkan selamat malam dan cerita Dora habis disitu untuk hari tersebut,

Sunday 27 November 2016

Dora the explorer : Diary Nima 2

Salam sejahtera everyone. Ini sambungan Diary Nima. Nasiblah kalau terbaca lagi, aku memang nak sambung.

18 February 2016

Pada keesokan harinya Dora bangun untuk solat subuh, macam biasa subuh gajah. Dia hari-hari niat nak bangun tahajud tapi tak bangun-bangun juga even jam loceng dah pasang dan boleh didengari sampai ke rumah jiran sebelah. 

Selepas solat subuh macam biasa, dia akan buka telefon pintarnya untuk check notification. Kononnya nak mengelak dari tidur selepas subuh (malaikat rahmat tak bagi rezeki katanya). Dora ternampak whatsapp dari nombor yang tak dikenali. "ohh, nombor semalam" dia bermonolog. Dora kemudian membuka pesanan ringkas tersebut.

Pengirim berkata, "Sorry lah, malam tadi ter-emo. Saya main tekan jer nombor you."
Dora tak berfikir panjang, dia terus membalas pesanan tersebut.
"It's okay, btw saya Dora, 20 tahun." Dora memperkenalkan diri.
Dalam kiraan saat sahaja, pengirim mesej semalam membalas.
"Ohh, saya Nima. 17 tahun." balasnya.
"Hi, Nima. So, about last night, what happen?" Dora terus bertanya.
"Actually semalam saya menangis teruk, Kecewa." Balas Nima.
"Ohh, because?" Dora membalas ringkas.
"Haha, perempuan yang saya minat pergi meninggalkan saya. Takpa, dia pergi dengan alasan lebih menghargai si dia." Terang Nima.
"Ohh, dia dah ada orang lain sebelum you?" Dora mencelah.
"Yup, macam tulah. Itu first time saya menangis pasal perempuan." Nima membalas dan menambah emoji ketawa selepas mesej tersebut.

Bermula dari situlah Dora berkawan dengan Nima. Dora agak kebingungan. Dia tak pasti sama ada dia perlu bersedih atau tidak atas perkara yang menimpa ke atas Nima. Bukan apa, Dora pun pernah mengalami perkara yang sama. Ditinggalkan. Tetapi baginya, meninggalkan dan ditinggalkan itu lumrah kehidupan. Selagi manusia hidup, selagi itulah pelbagai perkara akan dialami. Mahu atau tidak, harus dihadapi.

Thursday 17 November 2016

Dora the explorer : Diary Nima 1

Salam sejahtera untuk aku dan sesiapa yang bernasib malang terbuka coretan aku.

Kisah kali ini menceritakan kisah pendek tentang Nima. Ya, Nima nama diberi dalam kisah tak-berapa-nyata ini.

18 February 2016

Di suatu malam sunyi lagi membosankan, Dora hampir tertidur dek hujan lebat diluar rumah. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan seseorang mengirim pesanan ringkas kepadanya. Dora cuba menggapai telefon dan membuka pesanan ringkas tersebut, ohhh whatsapp rupanya.

Kandungan mesej itu sangat singkat yang berbunyi, "you pernah kecewa tak?".
Dora memerhati nombor si pengirim mesej tersebut, "nombor aku tak kenal ni."
"Haish! memalam buta juga nak kacau aku." Dora menggerutu dalam hati.

Jam menunjukkan pukul 2.15 pagi. Dora tak berfikir panjang dan membalas mesej tersebut.
"Yeah but sorry, who is this?" balas Dora singkat. Selang beberapa minit sahaja pengirim mesej tersebut membalas kembali mesej singkat Dora. "Ohh, we study at the same place. Dont you know me?".
"Haa, memang aku kenal semua orang kat kampus aku tu." Dora bermonolog.
"Sorry, im not and i didn't talk to stranger. My mom told me so." Jawap Dora agak panjang.
"So, you pernah kecewa. Masa sekolah?" Tanya si pengirim mesej.
"Yeah." Balas Dora ringkas.
"Kecewa sebab?" Pengirim mesej bertanya lagi.
"Sebab dia tak jujur, kot." Jawab Dora.
"Ohh, macam tu eh? Takpalah, maaf ganggu you malam-malam." Balas si pengirim.
"Nah, never mind." Balas Dora mudah.
"Esoklah saya mesej lagi. Genait." Balas si pengirim.
"Good night." Dora membalas untuk kali terakhir.